DEFINISI ISTIHADHAH MENGIKUT IMAM SYAFI'E
Apa maksud darah Istihadhah?
Apa maksud darah Istihadhah?
Istihadhah ialah darah yang keluar dari bahagian bawah rahim pada selain waktu haid dan nifas. Oleh itu, darah yang keluar melebihi masa terpanjang haid atau nifas, atau kurang daripada masa terpendek haid atau nifas dinamakan Istihadhah. Begitu juga darah yang keluar dari kanak-kanak perempuan yang belum mencapai umur sembilan tahun.
Secara mudah, darah Istihadhah terdiri daripada enam jenis:
1. Darah yang keluar kurang daripada tempoh terpendek haid.
2. Darah yang keluar melebihi tempoh terpanjang masa haid.
3. Darah yang kurang daripada tempoh terpendek nifas.
4. Darah yang melebihi tempoh terpanjang nifas.
5. Darah yang keluar melebihi kebiasaan haid dan nifas yang telah lepas (melebihi kebiasaan tempoh terpanjang keduanya).
6. Darah yang keluar daripada bahagian bawah rahim kanak-kanak yang belum mencapai umur sembilan tahun.
Darah Istihadhah ialah darah yang keluar bukan pada masa haid dan juga nifas. Darah Istihadhah merangkumi;[1]
a) Darah yang keluar sebelum umur kemungkinan haid iaitu sembilan tahun mengikut jumhur ulamak.
b) Darah yang keluar kurang dari tempoh minima haid iaitu sehari semalam mengikut mazhab Syafi’ie.
c) Darah yang keluar melebihi tempoh maksima haid atau melebihi tempoh kebiasaan haid.
d) Darah yang melebihi tempoh maksima nifas.
e) Darah yang keluar dari wanita yang hamil mengikut pandangan jumhur ulamak selain mazhab Syafi'e.
f) Darah yang keluar melebihi umur putus haid.
Darah Istihadhah tidak turun dari rahim sebagaimana darah haid atau nifas, akan tetapi keluar dari urat yang dipanggil Al-‘Azil (العاذل).[2] Sifat darah Istihadhah -menurut mazhab Syafi'e- adalah cair dan berwarna merah terang (antara merah dan kuning).[3]
Apakah kedudukan wanita yang menghadapi darah Istihadhah pada hukum Syarak?
Mereka adalah seperti wanita yang suci kerana darah yang keluar dari faraj mereka tidak dianggap oleh Syarak sebagai darah haid, tetapi darah penyakit atau istihadhah. Kerana itu, mereka wajib menunaikan solat dan berpuasa serta diharuskan bagi mereka perkara-perkara yang dilarang ke atas wanita yang haid (yakni tawaf, sujud, membaca al-Quran, I’tikaf, bersetubuh dengan suami dan sebagainya).
Oleh demikian, wanita Istihadhah wajib mandi apabila menyedari bahawa hari-hari haidnya telah tamat sekalipun darah masih keluar dari kemaluannya ( darah Istihadhah). Hukum ini telah menjadi ijma' ulama berdalilkan arahan Rasulullah s.a.w. kepada Fatimah binti Abi Hubaiysh r.a. (yang menghadapi masalah Istihadhah); “…..tinggalkan solat hanya pada hari-hari kamu biasa kedatangan haid padanya, kemudian (apabila habis hari-hari tersebut), hendaklah kamu mandi dan tunaikanlah solat”.
Bagaimana cara wanita yang menghadapi masalah istihadhah mengambil wuduk? Adakah terdapat perbezaan dengan wanita suci lain yang tidak menghadapi masalah istihadhah?
Ya, ada perbezaan. Wanita yang mengalamai masalah istihadhah walaupun menyamai hukum wanita yang suci secara amnya sebagaimana dinyatakan tadi, namun ada sedikit perbezaan antaranya dengan wanita suci yang lain memandangkan darah masih keluar dari farajnya. Perbezaan itu ialah;
1. Wanita yang mengalami masalah Istihadhah, ia hendaklah menunggu masuk waktu barulah mengambil wudhuk jika ingin mengerjakan solat fardhu atau solat sunat yang berwaktu. Tidak harus ia mengambil wudhuk sebelum masuknya waktu kerana wudhuknya hanyalah wudhuk darurat dan sesuatu yang dilakukan kerana darurat hendaklah dilakukan apabila tiba waktunya.
2. Menurut mazhab Syafi'e; satu wuduk hanya untuk satu solat fardhu sahaja. Jika ia ingin mengerjakan berbilang-bilang solat fardhu (seperti solat qada', nazar atau menjamakkan) ia wajib mengulangi wuduknya. Adapun solat-solat sunat, harus ia mengerjakan seberapa banyak solat sunat yang diingini dengan satu wuduk. Namun menurut mazhab Hanafi dan Hanbali; harus ia mengerjakan dengan satu wuduk seberapa banyak solat fardhu yang dikehendaki, iaitu tiada beza dengan solat sunat.[4]
3. Sebelum mengambil wuduk ia hendaklah membasuh kemaluannya dengan sempurna, kemudian membalutnya dengan kain atau sebagainya sekadar yang termampu (untuk membendung darah dari keluar sekadar terdaya). Setelah itu, hendaklah ia segera mengambil wudhuk.
4. Ketika mengambil wudhuk hendaklah ia berniat untuk mengharuskan solat, bacaan al-Quran atau ibadah-ibadah lain yang mensyaratkan wuduk. Contohnya; ia meniatkan di dalam hati; “Sahaja aku mengambil wudhuk untuk solat kerana Allah Taala”. Tidak harus semasa mengambil wudhuk ia berniat untuk mengangkat hadas kerana hadasnya tidak akan terangkat selama darah sentiasa mengalir keluar dari kemaluannya kerana perkara tersebut membatalkan wuduk.
5. Setelah selesai wuduk hendaklah ia segera menunaikan solat tanpa menangguh lagi.
6. Sebahagian ulama mengharuskan wanita yang menghadapi masalah Istihadhah menjamakkan dua solat dengan sekali wuduk iaitu menjamakkan zohor dan asar atau maghrib dan isyak. Ini kerana Rasulullah s.a.w. pernah menyuruh Hamnah binti Jahsyi r.a. yang mengalami masalah Istihadhah menjamakkan dua solatnya dengan sekali mandi sebagaimana baginda pernah menyuruh Sahlah binti Sahal r.a. berbuat yang sama.
Nota Hujung;
[1] Wahbah Zuhaili, 1/478.
[2] Al-‘Azil (العاذل); menurut kamus al-Marbawi bermaksud urat yang mengalir darinya darah Istihadhah.
[3] Ibrahim Muhammad al-Jamal, hlm. 50.
[4] Al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah, Syeikh ‘Abdurrahman al-Jazairi, 1/93-96.
DEFINISI ISTIHADHAH DARI PANDANGAN SAINS
a) Oligomenorrhea:
Oligomenorrhea disebut juga sebagai haid jarang atau kitaran panjang . Oligomenorrhea terjadi bila kitaran lebih dari 35 hari. Darah haid biasanya berkurang dan lama kelamaan akan kering.
b) Metrorrhagia:
Metrorrhagia adalah pendarahan tidak teratur dan tidak ada hubungannya dengan haid. Namun keadaan ini sering dianggap oleh wanita sebagai haid walaupun berupa bercak.
Metrorrhagia mungkin juga disebabkan oleh kehamilan seperti keguguran ataupun kehamilan ektopik (luar rahim) dan dapat juga disebabkan oleh faktor luar kehamilan seperti ovulasi, polip endometrium dan kanser serviks. Akhir-akhir ini, estrogen menjadi penyebab seringnya berlaku Metrorrhagia. Rawatan yang diberikan bergantung pada etiologi seseorang.
c) Menorrhagia:
Menorrhagia adalah pengeluaran darah haid yang terlalu banyak dan biasanya disertai dengan kitaran yang teratur.
Menorrhagia biasanya berhubungan dengan nocturrhagia iaitu suatu keadaan dimana menstruasi mempengaruhi pola tidur wanita dimana waita harus mengganti tuala wanita pada tengah malam. Menorrhagia juga berhubungan dengan kejang selama haid yang tidak dapat dihilangkan walaupun dengan bantuan ubat-ubatan. Pesakit juga sering merasakan lemah, pening, muntah dan mual berulang selama haid berlangsung.
DEFINISI ISTIHADHAH DARI PANDANGAN SAINS
a) Oligomenorrhea:
Oligomenorrhea disebut juga sebagai haid jarang atau kitaran panjang . Oligomenorrhea terjadi bila kitaran lebih dari 35 hari. Darah haid biasanya berkurang dan lama kelamaan akan kering.
b) Metrorrhagia:
Metrorrhagia adalah pendarahan tidak teratur dan tidak ada hubungannya dengan haid. Namun keadaan ini sering dianggap oleh wanita sebagai haid walaupun berupa bercak.
Metrorrhagia mungkin juga disebabkan oleh kehamilan seperti keguguran ataupun kehamilan ektopik (luar rahim) dan dapat juga disebabkan oleh faktor luar kehamilan seperti ovulasi, polip endometrium dan kanser serviks. Akhir-akhir ini, estrogen menjadi penyebab seringnya berlaku Metrorrhagia. Rawatan yang diberikan bergantung pada etiologi seseorang.
c) Menorrhagia:
Menorrhagia adalah pengeluaran darah haid yang terlalu banyak dan biasanya disertai dengan kitaran yang teratur.
Menorrhagia biasanya berhubungan dengan nocturrhagia iaitu suatu keadaan dimana menstruasi mempengaruhi pola tidur wanita dimana waita harus mengganti tuala wanita pada tengah malam. Menorrhagia juga berhubungan dengan kejang selama haid yang tidak dapat dihilangkan walaupun dengan bantuan ubat-ubatan. Pesakit juga sering merasakan lemah, pening, muntah dan mual berulang selama haid berlangsung.
Nota Hujung;
[1] Lumsden, Ann Marie; McGavigan, Jay. Menstruation and Menstrual Disorder in Gynecology. 3rd edition. China. Elsevier Science Limited. 2003 : 459-467.
[2] Bagian Obstetri dan Ginekologi FK-UNPAD. Amenore dalam Pedoman Diagnosis dan Terapi Obstetri dan Ginekologi RSUP dr. Hasan Sadikin, bagian II Ginekologi. Bagian Obstetri dan Ginekologi FK-UNPAD. Bandung. 1997 : 36-40.
[3] Sperof, Glass, Kace. Amenorrhea in Clinical Gynecologic Endokrinology & Infertility. 6th edition. Washington. 1999: 421-475.
No comments:
Post a Comment