HUKUM



Terdapat tujuh jenis mustahadhah berdasarkan kepada tinjauan daripada mereka yang baru pertama kali didatangi haid dan yang sudah biasa didatangi haid iaitu:

a) Mustahadhah Mubtadiah Mumayyizah – wanita yang baru pertama kali keluar darah Istihadhah dan dia dapat membezakannya.

b) Mustahadhah Mubtadiah Ghairu Mumayyizah - wanita yang baru pertama kali keluar darah Istihadhah dan dia tidak dapat membezakannya.

c) Mustahadhah Muktadah Mumayyizah Dzakiratul Waqti Wal Qadar – wanita yang sudah beradat dan dia dapat membezakannya (ingat waktu keluar dan kadar darah).

d) Mustahadhah Muktaddah Ghairu Mumayyizah Dzakirotun Li Qadatiha Qodaron Wa Waqtan – wanita yang sudah biasa didatangi haid namun tidak dapat membezakannya tetapi mengingati kadar darah dan waktu kebiasaan.

e) Mustahadhah Muktaddah Ghairu Mumayyizah Dzakirotun Li Qadatiha Qodaron Wan Nasiyatun Waqtan (Al-Mutahayyirah Tahayyuran Nisbiyyan) – wanita yang sudah beradat serta tidak dapat membezakan tetapi hanya mengingati kadar darah dan lupa waktu kebiasaannya.

f) Mustahadhah Muktaddah Ghairu Mumayyizah Dzakirotun Li Kadatiha Waqtan Wa Nasiyatan Qodaron (Al-Mutahayyirah Tahayyuran Nasabiyyan) – wanita yang sudah beradat serta tidak dapat membezakan tetapi hanya mengingati waktu keluar darah dan lupa kadar kebiasannya.

g) Mustahadhah Muktaddah Ghairu Mumayyizah Nasiyatun Li Kadatiha Qodaron Wa Waqtan (Al-Mutahayyirah Tahayyuran Mutlaqon) – wanita yang sudah beradat serta tidak dapat membezakannya kerana lupa waktu keluar dan kadar darah.




No comments:

Post a Comment