SOALAN LAZIM


S: PERLUKAH WANITA MUSTAHADHAH MENGAMBIL WUDUK SETIAP KALI HENDAK MENUNAIKAN SOLAT?

J: Wanita yang mengalami istihadhah wajib berwudhuk setiap kali menunaikan solat apabila telah masuk waktu. Wudhuknya adalah taharah secara darurat. Harus kepadanya  mengambil wuduk sebelum masuk waktu solat. Ini adalah pendapat majoriti ulama. Apabila seseorang wanita yang mengalami Istihadhah berwuduk, wuduknya dikira sah dan terangkatlah hadas. Hadas yang berlaku semula selepas itu, yang diluar keupayaannya, tidak memberi apa-apa kesan kepada wuduknya. Setelah berwuduk hendaklah segera menunaikan solat demi mengurangkan hadas yang keluar. Ini kerana hadas sentiasa berulang-ulang pada dirinya dan dia berupaya mengurangkannya dengan cara segera menunaikan solat. Harus kepadanya melewatkan solat atas sebab yang berkaitan dengan solat seperti memakai pakaian dan sebagainya. Wanita yang mengalami Istihadhah wajib mengambil wuduk setiap kali hendak menunaikan solat fardhu. Dengan satu wuduk dia tidak boleh menunaikan lebih daripada satu solat tunai atau qada'. (Nuruddin 1991: 102).

S: ADAKAH DIBOLEHKAN WANITA YANG MUSTAHADHAH BERADA DI DALAM MASJID?

J: Dibolehkan wanita mustahadhah masuk ke dalam masjid dan berdiam diri di situ untuk beriktikaf atau menunaikan solat jamaah atau membaca al-Quran, kerana ia dikira sebagai wanita yang dalam keadaan suci.

S: APAKAH DIBOLEHKAN BERSETUBUH WANITA MUSTAHADHAH DENGAN SUAMINYA?

J: Para fuqaha berpendapat adalah harus menyetubuhi wanita yang mustahadhah jika bimbang suaminya terjebak dalam perbuatan zina yang dilarang. Mereka berpegang kepada hadis daripada Ikrimah meriwayatkan daripada Hamnah binti Jahsyi RA bahawa ketika beliau dalam istihadhah suaminya telah menyetubuhinya.

Maksudnya: Daripada Akramah, Daripada Hamnah binti Jahsyi, Sesungguhnya Ummu Habibah pernah kedatangan darah istihadhah dan suaminya menyetubuhinya. (Sunan Abi Daud, KitabTaharah, Bab al-Mustahadhah Yaghshaha Zaujaha, Juz. 1, No. 310, hal. 83). Hadis ini Sahih (al-Albani, Sahih Abi Daud, Kitab Taharah, Bab al-Mustahadhah Yaghshaha Zaujaha, J. 2, No. 329, hal. 116)

S: BAGAIMANAKAH IDAH WANITA YANG SEDANG DALAM  ISTIHADHAH?

J: Terdapat dua keadaan idah wanita yang sedang dalam Istihadhah (Anisah 2014: 120):

i. Idah wanita istihadhah yang bercerai hidup. Bagi wanita seperti ini terdapat tiga keadaan idahnya pula.

a) Wanita istihadhah yang lupa hari kebiasaan haidnya dan diceraikan pada awal bulan. Dia hendaklah beridah mengikut kiraan bulan iaitu tiga bulan. Keadaan ini lebih memudahkan dia lebih mengingatinya, beridah tiga bulan juga dapat mengingatkannya dia juga datang haid tiga kali. Contoh, jika seorang wanita dalam istihadhah itu diceraikan oleh suaminya pada 1 januari, maka dia mestilah beriddah hingga akhir mac.

b) Wanita dalam Istihadhah yang lupa mengingati hari kebiasaan haid dan dia diceraikan setelah masuk bulan baharu, dia hendaklah menqadakan satu tempoh yang sah untuk sekali haid pada bulan itu dan beriddah selama tiga bulan dan tidak mengambil kira bulan yang dia telah diceraikan itu. Sebagai contoh jika seseorang istihadhah itu diceraikan oleh suaminya pada 10 januari, dia mestilah beridah hingga akhir bulan april. Tempoh hari 10 hingga 30 januari hendaklah tidak diambil kira.

c) Wanita Istihadhah yang dapat mengingati hari kebiasaan haidnya. Dia hendaklah berpegang dengan hari kebiasaan haidnya, iaitu beridah dengan haid bulan-bulan. Ada kemungkinan hari kebiasaan haidnya ialah awal bulan. Ini adalah pendapat mazhab Hanafi, Syafie dan Hambali (Ibn al-Humam 2009, Jil.4:140). 

ii. Idah wanita istihadhah yang mengandung secara mutlaknya adalah selepas melahirkan anak. Ini adalah sebagaimana dalil ayat al-Quran dalam firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh idah mereka) maka idahnya ialah tiga bulan, dan (demikian) juga idah perempuan-perempuan yang tidak berhaid. dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya.” (Al-Quran, 65:4).
S: APAKAH KESAN ISTIHADHAH KE ATAS WANITA?
J: Istihadhah bukan penghalang bagi melakukan sebarang ibadat seperti solat, puasa dan ibadat-ibadat yang boleh dilaksanakan sewaktu haid dan nifas.
Pernah diriwayatkan bahawa Fatimah binti Abi Hubaisy telah datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu bertanya: “Sesungguhnya saya ini menderita istihadhah sehingga tidak kunjung bersih. Haruskah aku meninggalkan solat?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Jangan! Tinggalkanlah solat pada hari-hari kamu haid sahaja. Kemudian mandilah dan berwudhu’ tiap kali hendak solat. Kemudian, tetaplah solat, sekalipun darah menitis pada tikar.” (Diriwayatkan oleh al-Tirmizi, Abu Dawud, An-Nasa’I dan Ibnu Majah)
S: SEMASA SAYA SEDANG HAMIL ANAK YANG KEDUA, TERDAPAT DARAH YANG KELUAR UNTUK BEBERAPA HARI. PERLUKAH SAYA BERSEMBAHYANG JUGA ATAU TIDAK?
J: Para fuqaha berselisih pandangan mengenai hukum bagi darah yang keluar daripada faraj wanita yang sedang hamil samada ianya haid atau istihadah. Dalam mazhab Shafii, darah yang keluar sewaktu hamil boleh digolongkan sebagai darah haid asalkan ia tidak kurang daripada sehari semalam dan juga tidak melebihi 15 hari. Jika kurang daripada sehari semalam maka ia adalah darah istihadhah dan perempuan itu wajib mengerjakan sembahyang. Jika darah tersebut berlarutan pula sehingga melebihi 15 hari, maka darah yang keluar pada 15 hari pertama ialah darah haid manakala yang selepasnya dianggap sebagai istihadhah. Wanita yang dalam istihadhah wajib mengerjakan sembahyang.
Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa dari sudut perubatan moden, sebarang pendarahan ketika hamil adalah merbahaya. Segera rujuk doktor jika anda melihat darah keluar ketika hamil kerana dibimbangi akan berlaku keguguran.


S: ADAKAH WANITA ISTIHDHAH HARUS DISETUBUHI SUAMINYA?

J: Berlaku khilaf di kalangan ulamak;

1. Menurut jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafi’ie); harus bagi suaminya mensetubuhinya sekalipun darah sedang keluar dari kemaluannya.

2. Menurut Imam an-Nakha’ie dan al-Hakam; dilarang mensetubuhinya kerana diriwayatkan dari Saidatina ‘Aisyah r.a. bahawa beliau menegah suami mensetubuhi isterinya yang istihadhah.

3. Imam Ibnu Sirin memakruhkannya.


4. Berkata Imam Ahmad; Tidak harus mensetubuhinya kecuali jika terlalu lama istihadhahnya. Dalam satu riwayat yang lain darinya; Tidak harus kecuali jika ditakuti suaminya akan berbuat dosa (zina dan sebagainya).

S: ADAKAH WANITA YANG MENGHADAPI MASALAH ISTIHDHAH WAJIB MERUJUK KEPADA ULAMA?


J: Ya, wajib ia merujuk kepada ulamak. Berkata Imam Ibnul-Jauzi dalam kitabnya “أحكام المرأة” (Hukum Hakam Wanita); apabila berlaku kepada seorang wanita yang kedatangan haid keadaan-keadaan yang berbeza dengan kebiasaan haidnya, wajib ke atasnya menceritakan kepada para fuqahak pada setiap apa yang berlaku (untuk mendapat pandangan Syarak serta fatwa). (Halaman 42).

No comments:

Post a Comment