Friday, 30 December 2016

PENGENALAN

Blog ini dibangunkankan oleh 3 orang pelajar tahun akhir Universiti Sains Islam Malaysia dalam kursus Pengajian Sunnah dengan Pengurusan Maklumat, atas sebab memenuhi syarat-syarat untuk melengkapkan subjek yang diambil iaitu Projek Ilmiah.

Tujuan kami memilih Istihadhah sebagai tajuk kami kerana kurangnya pengetahuan sebahagian para wanita khususnya yang beragama Islam tentang Istihadhah.Dengan wujudnya blog ini, Secara tak langsung,kami dapat berkongsi serba sedikit ilmu yang kami ada tentang Istihadhah


Blog ini membincangkan tentang Istihadhah secara terperinci dan lebih mendalam. Selain itu, kami juga turut membincangkan tentang punca-punca, apa yang boleh dilakukan, ciri-ciri darah itu sendiri dan hukum ketika berlakunya Istihadhah,


Kami banyak berkongsi masalah yang dialami oleh kaum perempuan secara amnya, khusus yang beragam Islam yang mengalami Istihadhah.Oleh yang demikian, kami kongsikan masalah-masalah tersebut di blog kami sebagai rujukan oleh para wanita yang ingin tahu cara menyelesaikan masalah mereka. 


Dalam Al-Quran dan Hadith ada juga disebut tentang pentingnya menjaga kebersihan diri untuk para wanita khusunya yang beragama Islam yang mengalami Istihadhah. 




AL-QURAN


Allah Ta'ala berfirman:
وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ ۖ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ ۖ وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّىٰ يَطْهُرْنَ ۖ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللَّهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
  • Maksudnya: “Mereka bertanya kepadamu tentang haidh, Katakanlah: "Haidh itu adalah suatu kotoran". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (QS. Al Baqarah: 222)



Allah Ta'ala berfirman:


نِسَاؤُكُمْ حَرْثٌ لَكُمْ فَأْتُوا حَرْثَكُمْ أَنَّىٰ شِئْتُمْ ۖ وَقَدِّمُوا لِأَنْفُسِكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّكُمْ مُلَاقُوهُ ۗ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ

  • Maksudnya: "Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tempat bercucuk tanammu itu bagaimana sahaja kamu kehendaki. Dan kerjakanlah (amal yang baik) untuk dirimu, dan bertakwalah kepada Allah dan Ketahuilah bahawa kamu kelak akan menemui-Nya. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang beriman. (QS, Al-Baqarah: 223)






HADITH


Imam Bukhari dan Imam Muslim telah meriwayatkan dari Aisyah radhiyallahu ‘anha :

جَاءَتَ فاَطِمَةُ بِنْتُ اَبِى حُبَيْشٍ اِلَى النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَلَتْ ياَرَسُوْلُ اللهِ اِنِّى امْرَاَةٌ اُسْتَحَاضُ فَلاَ اَطْهُرُ، اَفَاَدَعُ الصَّلاَةَ؟ فَقَالَ ياَرَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لاَ، اِنَّمَا ذَلِكَ عِرْقٌ وَلَيْسَ بِالْحَيْضَةِ فَاِذَااَقْبَلَتِ الْحَيْضَةُ فَاتْرُكِى الصَّلاَةَ، فَاِذَا ذَهَبَ قَدْرُهَا فاَغْسِلِى عَنْكِ الدَّمَ وَصَلِّى


  • Fatimah binti Abi Hubaisy telah datang kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lalu berkata: “Ya Rasulullah, sesungguhnya aku adalah seorang wanita yang mengalami istihadhah, sehingga aku tidak boleh bersuci. Haruskah aku meninggalkan solat?” Maka jawab Rasulullah SAW: “Tidak, sesungguhnya itu (berasal dari) sebuah otot, dan bukan haid. Jadi, apabila haid itu datang, maka tinggalkanlah solat. Lalu apabila ukuran waktunya telah habis, maka cucilah darah dari tubuhmu, lalu solatlah.



No comments:

Post a Comment